RESEPI KEK BELACAN _ KEK LEGEND SARAWAK







❤KEK LEGEND SARAWAK❤



KEK BELACAN YANG MENGGUNAKAN RESEPI ASAL

..Sedap, moist dan gebu ...😍😍😍


RESEPI NYA.... (yg telah di ubahsuai sesuai dengan selera saya) 😀


Bahan-bahan:

10 biji telur
450gm mentega
1 tin susu pekat manis
1 tin sederhana kaya( kalau tak nak manis jangan letak semua, 3/4 sahaja)
1 cawan Horlick
2 cawan tepung gandum
1 cawan gula (resepi asal adalah 2 cawan gula)
Esen vanilla
Browning sugar (saya letak 2 botol kecil; sebotol yang likat dan sebotol lagi yang cair)


Cara-cara nya:

Pukul mentega dan gula sampai kembang (putih) , kemudian masukkan telur satu-satu sampai habis.
Selepas itu masukkan susu pekat, kaya dan Horlick...gaulkan sehingga sebati.

Kemudian masukkan esen vanilla, tepung dan last sekali browning...sebatikan.

Kukus dengan api perlahan selama 2jam atau sampai kek betul-betul masak. 

Semakin lama dikukus, semakin moist dan lembut kek nanti...☺



Perkongsian resepi ini sangat-sangat dialukan...




Kredit Resepi : Mama Kent


















Comments