RESEPI LAKSA SARAWAK
Laksa Sarawak merupakan sebuah juadah yang berasal dari Negeri Sarawak dan merupakan antara juadah yang sangat popular di kalangan penduduknya. Asal laksa Sarawak masih belum jelas, tetapi dipercayai bahawa hidangan itu bermula ketika Goh Lik Teck mula menawarkan hidangan mi di sepanjang Jalan Carpenter Kuching pada tahun 1945. Menurut kepercayaan popular, pes pekat yang digunakan dalam hidangan itu dipopularkan oleh Keluarga Tan dari Kuching, antara tahun 1960-an dan 1970-an.
Seperti mana jenis variety laksa yang lain, laksa Sarawak dicirikan oleh rasa sedikit pedas yang lembut. Kuah dari pes laksa nya yang sangat enak kadang-kadang memberi kreativiti kepada pengemar-pengemar pes laksa Sarawak untuk masakan lain selain laksa Sarawak itu sendiri.
Sup nya terdiri dari air rebusan udang dan juga tulang ayam kemudian dibumbui dengan pes laksa pekat, sup tadi akan dimakan dengan mi bihun, telur dadar yang dipotong halus , udang yang dimasak, dan ayam yang telah dipotong.
Dibawah kami tunjukkan cara
Bahan-bahan Sup
* Pes laksa Sarawak (1 Pek/2 Pek)
- mengikut citarasa , jika nak pekat bolehlah meggunakan 2 Pek.
Bahan Penambah Hidangan dan Campuran
- Ayam 1 ekor – ayam direbus dahulu kemudian dicarik- carik halus – (asingkan- rangka tulang ayam jangan dibuang)
- Udang 500gm – Udang direbus dahulu ( asingkan)
- Mihun 1 bungkus – direndam /dicelur (asingkan)
- Telur dadar 4 biji goreng kurang minyak – gulungkan dan potong halus-halus (asingkan)
- Santan (secukup rasa)
- Garam (aji namoto/gula) secukup rasa
- Taugeh dicelur (asingkan)
- Limau kasturi – belah dua (secukupnya)
Bahan-Bahan Sambal Udang Kering
- Bawang Merah
- Bawang Putih
- Belacan (sedikit)
- Udang kering 1 kg (dikisar /ditumbuk halus)
- Cili kering – boleh letak lebih kalau nak pedas
- Garam dan gula secukup rasa
- Air asam jawa (jika suka) (ditambah sewaktu masak sambal udang kering jika suka rasa masam)
Semua bahan untuk sambal udang dikisar sampai halus, kemudian ditumis sehingga pecah minyak. Kemudian asingkan untuk penambah rasa dan selera sewaktu makan laksa Sarawak.
Cara membuat laksa Sarawak
- Masak air dalam periuk sehingga mendidih kemudain masukkan udang , celur/ rebus sehingga udang masak. Asingkan udang dan jangan buang air rebusan.
- Masukkan juga rangka tulang ayam (yang telah direbus dan isinya yang telah dicarik carik kan tadi)
- Kemudian masukkan pes laksa Sarawak dan kacau , kecilkan api sewaktu mengacau pes.( **Air rebusan ini adalah bergantung dengan berapa banyak sup yang diperlukan.)
- Tambahkan garam /gula mengikut citarasa
- Untuk hidangan masukkan bihun terlebih dahulu kemudian masukkan sup - barulah hiaskan bahan tambahan yang diasingkan tadi (telur goreng, udang, isi ayam dicarik, taugeh dan limau kasturi)
- Hidangkan sekali bersama sambal udang . Yummy!
SENANG dan SEDAP!
Resepi ini sekarang menjadi lebih mudah dengan adanya pes laksa Sarawak; berbanding di waktu dahulu kerana di dalam pes laksa Sarawak itu sendiri mengandungi sehingga 20 jenis bahan campuran.
Bagi perantau yang teringin nak cuba resepi ni, sila-sila lah hubungi Ruai Rico untuk mendapatkan bekalan pes laksa Sarawak di Semenanjung Malaysia.
Selamat mencuba!
Source: https://www.tasteatlas.com/
Kredit Photo : Elsa Facebook, Tinot - Trip Advisor
Comments
Post a Comment