Resepi Pekasam Ikan dan Sayur Ensabi



Pekasam Ensabi/Sawi
Foto Kredit - https://borneodihati.org


Makanan dan minuman yang diperam mempunyai keanekaragaman tradisi dan keutamaan budaya yang terdapat di kawasan geografi yang berbeza di mana ia dihasilkan. Fermentasi(Pengasaman) telah membolehkan nenek moyang kita di kawasan beriklim sederhana, panas dan sejuk untuk bertahan hidup pada musim sejuk dan mereka yang berada di kawasan tropika dapat bertahan dalam tempoh musim kemarau. 


Fermentasi adalah proses penguraian organik secara perlahan-bahan dilakukan oleh mikroorganisma atau enzim yang pada dasarnya menukar karbohidrat menjadi alkohol atau asid organik. Kaedah pengeluaran makanan fermentasi tradisional yang berbeza diturunkan kepada generasi berikutnya sebagai tradisi keluarga. 

Pekasam Ikan Sultan Ruai Rico

Pengeringan dan pengasinan adalah amalan penapaian yang biasa dilakukan dalam kaedah pengawetan makanan yang tertua di dunia. Proses fermentasi/pengasaman dipercayai telah dikembangkan untuk memelihara buah-buahan,sayur-sayuran, ikan atau daging  pada masa kekurangan sumber makanan dengan mengawet makanan menggunakan garam, asid organik atau alkohol, ini sekaligus memberikan rasa, tekstur makanan yang diingini, mengurangkan ketoksikan makanan, dan mengurangkan masa memasak.


Makanan fermentasi kaya dengan bakteria probiotik, jadi dengan memakan makanan yang difermentasi, anda akan menambahkan bakteria dan enzim yang bermanfaat kepada usus anda, ini juga mampu meningkatkan kesihatan microorganisma usus , sistem pencernaan dan meningkatkan sistem imun badan.


Pentingnya semasa pengasaman makanan adalah;kadar garam yang tepat. Sekiranya terlalu banyak garam dimasukkan, semua bakteria, termasuk probiotik, akan terbunuh. Sekiranya garam terlalu sedikit ditambahkan, bakteria yang jahat pula tidak akan terbunuh dan akan merosakkan makanan.


Tetapi, hanya kerana ada manfaat kesihatan tidak bermakna tidak ada kesan sampingan negatif jika terlalu banyak dimakan, sebaiknya makanlah dalam kuantiti yang sederhana dan sesuai keperluan.


Mari kita jenguk cara-cara memasak pekasam di bawah.

 

Pekasam Ikan Ruai Rico


Resepi Pekasam Ikan

1. Pekasam ikan 200g

2. Bawang putih 2 ulas

3. Cili padi 3 biji

  • Tumis bawang putih dan cili padi hingga naik bau.
  • Masukkan pekasam,  gaul perlahan dan tidak terlalu dikacau (ini kerana pekasam tadi sudah lembut dan mudah pecah ketika dimasak)
  • Tambah air untuk kuah( sehingga paras ikan tadi), biarkan air tadi mereneh sehingga tinggal sedikit sahaja air di dalam kuali. 
  • Pekasam sedia dihidangkan.


Tips:

* Pekasam ikan sebenarnya boleh dimasak dengan ringkas sekali, iaitu dengan menambahkan sedikit air dan didihkan sehingga air tinggal sedikit dan ianya sedia untuk dimakan.

* Pekasam ikan juga boleh digoreng sepertimana ikan goreng, cuma akan sedikit hancur/lembut.


Pekasam Ikan versi Bidayuh - Foto Kredit - https://therandaupost.wordpress.com/



Resepi Pekasam Ensabi

Bahan-bahan:

1. Bawang putih 2 ulas

2. Ikan bilis 7 ekor (boleh tambah lebih jika suka )

3. Cili padi 3 biji (boleh tambah lebih jika suka pedas)

4. Minyak masak 2 sudu besar

5. Pekasam sayur ensabi 200gm (boleh cuci dahulu jika mahu menggurangkan rasa masin) 

  • Tumis ikan bilis, bawang putih dan cili padi hingga naik bau(pastikan tidak hangus).
  • Masukkan pekasam sayur ensabi dan tumis lagi . 
  • Tumis sehingga naik bau atau lebih lama mengikut cita rasa.
  • Pekasam siap untuk dihidangkan.



Comments