Bahasa Melayu
Dimanakah Makanan Tradisional Borneo Boleh di Dapati di Semenanjung Malaysia?
Seorang penulis drama Oscar Wilde dari A Woman of No Importance pernah memetik "Setelah makan malam yang menyelerakan seseorang boleh memaafkan sesiapa pun, bahkan hubungan dengan dirinya sendiri."
Manakala George Bernard Shaw penulis drama dari Man dan Superman memetik "Cinta kepada makanan adalah cinta yang paling ikhlas."
Pulau disekitar Borneo - Foto oleh Lesly Derksen di Unsplash |
Kami percaya bahawa makanan tradisional adalah sangat dekat di hati seseorang perantau.
Bagi orang-orang Sabah dan Sarawak yang berada di bumi Semenjung , makanan asal/kampung "food" adalah antara makanan yang wajib dan harus dirasa setiap kali pulang ke kampung halaman .
Menu pula semestinya akan dimasak dengan cara tradisi .
Bagi perantau ,adalah dikira satu kelebihan selalu berpeluang untuk pulang ke kampung halaman dan makan makanan tradisi bersama dengan keluarga.
Bagaimanapun, sesetengah orang mungkin tidak dapat berbuat demikian kerana mereka mungkin perlu bekerja, bebanan kos penerbangan, kekangan masa atau banyak sebab lainnya.
Bagi orang-orang yang bukan berasal dari sana, mereka mungkin mahu mencuba makanan unik yang sering diceritakan oleh ahli keluarga dan rakan-rakan.
Bagi sesetengah yang mampu, sudah pastinya ada yang merancang untuk pergi ke sana, mencuba makanan baru, mempelajari budaya yang mengagumkan, unik dan menarik . Ada masanya rancangan tadi mungkin terbatal atas sebab-sebab yang tak dapat dielakkan.
Lebih merumitkan jika rancangan untuk ke Pulau Borneo harus dibatalkan , sedangkan untuk mencari masa dan merancang satu perjalanan baru selalunya akan mengambil masa.
Di sinilah perkhidmatan kami sangat berguna untuk pelanggan-pelanggan kami dan peminat makanan Borneo.
Ruai Rico pada asalnya diasaskan dengan matlamat utama untuk menyediakan makanan asal Borneo untuk perantau yang bekerja jauh dari kampung halaman seperti di Semenanjung Malaysia, dan juga di luar negara.
Ini bermakna, semasa anda bekerja dan tinggal jauh dari kampung halaman, merindui masakan dan makanan kampung, anda boleh sentiasa menghubungi kami bagi mendapatkan bekalan makanan asal Borneo.
Setelah beberapa tahun menyediakan servis dan produk makanan Borneo, kami mendapati bahawa penduduk tempatan juga berminat untuk mencuba dan merasai makanan asal Borneo, namun mereka tidak mempunyai peluang untuk berbuat demikian.
Walaupun ada diantara mereka pernah pergi ke sana, tidak semua makanan boleh dirasai pada masa tersebut kerana ada sesetengah makanan cuma ada sewaktu musim tertentu sahaja.
Dari situlah perkhidmatan kami mula berkembang . Sekarang, produk dan perkhidmatan makanan kami adalah untuk semua rakyat Malaysia dan untuk semua orang rasai.
Salah Satu Event bersama Borneo Street KL
Salah Satu Event bersama Borneo Street KL |
Bagi mereka yang ingin mengenali pelbagai jenis makanan Borneo, anda boleh menemui kami di Pasar Borneo Seri Kembangan yang dikenali sebagai Pasar Pagi Borneo setiap hari Sabtu.
Pasar Borneo Seri Kembangan |
Sekiranya anda tinggal di kawasan Lembah Klang kami juga menyediakan perkhidmatan penghantaran terus ke rumah.
Di bawah naungan Borneo Street Kuala Lumpur (BSKL), anda boleh menemukan kami di pelbagai lokasi bergantung kepada tempat "event" diadakan.
Untuk mengetahui maklumat lanjut mengenai "event" tersebut, sila rujuk di Borneo Heritage Ruai Rico Page atau Borneo Street KL Page.
Lihat apa yang dikatakan Juara UK Masterchef pada makanan Sabahan di sini:
Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan mengenai produk dan perkhidmatan kami, anda boleh komen di bawah atau pun terus menghubungi di nombor 018-3608422.
Credit PhotoTheme Background Image : Photo by Jedikanie Jasnie on Unsplash
Comments
Post a Comment