Resepi Sedap Kopi Tenom
Anda mungkin bergantung pada secawan kopi di waktu pagi untuk meningkatkan tenaga dan metabolisme anda setiap hari.
Walaupun
kopi paling banyak digunakan sebagai minuman, ia juga mendapat reputasi memberi khasiat untuk kulit. Ini kerana kandungan antioksidanya, yang termasuk
fenol(phenol) yang membantu melawan radikal bebas yang boleh menyebabkan
kerosakan pada kulit.
Sebuah kajian dari American Chemical Society mendapati bahawa kopi adalah sumber antioksidan yang paling popular daripada minuman yang kaya dengan antioksidan lain, seperti teh dan wain.
Walaupun secawan kopi dapat memberikan antioksidan secara dalaman, manfaat kepada kulit dari kopi pula boleh didapatkan secara sapuan pada kulit. Ini melibatkan membuat topeng muka(facial mask), “scrub” muka, atau disapu pada kulit anda secara langsung.
Kenapa pilih Kopi Tenom:
- Biji kopi dibakar dengan arang kemudian dikisar.
- Biji kopi telah diproses menggunakan kayu api secara tradisional dan kaedah putaran dram yang digunakan selama hampir 50 tahun tanpa menambah apa-apa bahan-bahan tiruan atau pewarna. (sumber: wikipedia)
- Packaging yang berkualiti bagi mengekal aroma dan rasa kopi yang sedap.
Mari jenguk Resepi Kopi Tenom di bawah:
Bahan-Bahan
1. 500ml air
2. 1 kotak/250ml susu/susu berkrim/segar
3. 2 atau 3 sachet Kopi Tenom(paket biru/gold) (sesuai citarasa)
Cara-cara:
1. Panaskan 500ml air di dalam cerek.
2. Setelah mendidih, masukkan 2 sachet Kopi Tenom(Paket Biru)
3. Tambahkan 250ml susu kotak/susu ducth lady kotak.
4. Biarkan mendidih.
5. Tambahkan gula atau paket kopi jika kurang manis atau kurang kaw.
6. Selepas mendidih sekali lagi, kopi sedia untuk dihidang.
* Kopi juga sedap diminum sejuk (simpan di dalam peti ais selama 8 jam).
* Jika mengunakan paket jenis gold boleh tambah extra susu.
Comments
Post a Comment