Resepi Obor-Obor Yang Menyelerakan!




Obor-obor. Sesetengah spesies obor-obor sesuai untuk dimakan dan dijadikan sumber makanan dan sebagai ramuan asas dalam pelbagai jenis hidangan .Di negara-negara Asia dan Asia Tenggara obor-obor akan ditangkap , diproses menjadi produk kering atau dijeruk. Antara jenis makanan dan hidangan boleh disediakan dengan obor-obor adalah  termasuk salad, sushi, mi, dan hidangan utama dengan kepelbagaian kaedah penyediaan.

Spesies obor-obor tertentu tidak hanya selamat dimakan tetapi juga sumber beberapa nutrien, termasuk protein, antioksidan, dan mineral seperti selenium dan "choline". Kolagen yang terdapat dalam obor-obor juga boleh menyumbang kepada manfaat kesihatan seperti penurunan tekanan darah.

Obor-Obor - Ruai Rico


Satu kajian yang mengumpulkan parameter keselamatan dan kualiti untuk obor-obor yang boleh dimakan mendapati bahawa obor-obor yang dibersihkan dan diproses menggunakan kaedah tradisional(penjerukan/pengasinan) tidak mempunyai tanda-tanda pencemaran dari bakteria atau patogen lain yang berpotensi berbahaya.(Sumber:NCBI)

Jadi adalah penting untuk hanya memakan produk obor-obor yang telah dibersihkan dan diproses dengan betul.

Apabila dibeli dari pembekal yang menyimpan dengan cara yang betul, anda boleh mendapatkan obor-obor yang rendah kalori namun berkhasiat ditambah pula tekstur renyah/”crunchy” yang unik pada hidangan anda.

Antara Testimoni Customer Ruai Rico



Dibawah adalah resepi obor-obor yang paling mudah dan sedap dari Ruai Rico:


Resepi Umai Obor- Obor

Resepi Umai Obor-Obor Ruai Rico


Bahan-bahan:

  • Bawang merah (secukupnya / ikut suka)
  • Limau nipis (secukupnya / ikut suka)
  • Cili padi 
  • Tomato ceri (secukupnya / ikut suka)

Cara – cara nya :
  1. Rendam  dahulu obor-obor tadi untuk mengurangkan rasa masin disebabkan proses menjeruk obor-obor, process ini boleh memakan masa 30 minit sehingga satu jam.
  2. Selepas 1 jam, bilas  obor-obor sehingga bersih dan asingkan.
  3. Potong nipis bawang merah , cili padi dipotong kecil-kecil atau ditumbuk halus, masukkan juga tomato ceri yang dibelah dua. Gaulkan dengan obor-obor tadi. Perah limau nipis ke dalam campuran tadi sesuai cita rasa, jika nak pedas lagi boleh tambah cili dan jika nak masam, tambahkan limau nipis. 
  4. Obor-obor sedia dihidangkan. 


Resepi Acar Kaki Ayam dengan Obor-Obor Ruai Rico

Resepi Acar Kaki Ayam dengan Obor-Obor :

Bahan- Bahan:

  • Bawang Merah - 3 biji (hiris nipis)- secukupnya
  • Serai - Dua batang -secukupnya (ditumbuk)
  • Halia - Sebesar ibu jari - secukupnya (ditumbuk)
  • Cili Putih - 5 biji (hiris/tumbuk sehingga lumat) - secukupnya/boleh tambah atau kurangkan
  • Cili Merah - 5 biji  (hiris/tumbuk sehingga lumat)  - secukupnya/boleh tambah atau kurangkan
  • Limau kasturi (diperah) - 7 biji -secukupnya/boleh tambah atau kurangkan
  • Kulit limau - hiris nipis
  • Timun Jepun - 1 biji - potong dadu atau hiris sesuai citarasa.
  • Tomato/tomato ceri -  secukupnya
  • Kaki ayam (direbus dahulu sehingga lembut)-500gm
  • Obor-Obor - 200gm
Cara - caranya:
  1. Rebus kaki ayam sehingga lembut, tos dan asingkan.
  2. Obor-obor direndam terlebih dahulu untuk mengurangkan  rasa masin,kemudian hiris kecil/sederhana, asingkan.
  3. Masukkan ayam dan obor-obor ke dalam mangkuk besar.
  4. Masukkan dan gaulkan kesemua bahan yang dihiris dan ditumbuk tadi bersama kaki ayam dan obor-obor.
  5. Tambahkan garam jika kurang masin (dinasihatkan untuk merasa terlebih dahulu sebelum menambah garam kerana obor-obor tadi ada rasa masin dari jeruknya sendiri).
  6. Siap! Sedia untuk dihidangkan dan dinikmati bersama nasi panas. Yummy!

Selamat mencuba!

Comments