Resepi Kacang Ma ( Bahasa)


Kacang Ma (nama yang biasa dipanggil di Sarawak) juga dikenali sebagai "Chinese Motherwort" di Eropah dengan nama botaninya Leonurus sibiricus L., adalah spesies yang bernilai untuk sifat perubatannya, sejenis spesis dari keluarga Lamiaceae.



Ia telah digunakan sebagai herba tradisional dan perubatan selama bertahun-tahun di Asia dan Eropah. Spesies ini diketahui memiliki kelebihan sebagai antibakteria, anti-radang, dan antioksidan dan juga telah menunjukkan pengurangan spesies intraselular oksigen reaktif.



Kacang ma dikatakan bermanfaat untuk masalah kegelisahan, gejala menopaus, penjagaan selepas bersalin seperti meningkatkan peredaran darah di dalam tubuh, baik untuk sistem kardiovaskular, membantu kekurangan darah semasa haid dan juga membantu masalah kembung perut. Herba Motherwort(kacang ma) yang kering juga kadang-kadang disapukan secara langsung ke kulit untuk gatal-gatal dan kayap. (tetapi sehingga waktu ini bukti belum mencukupi untuk menilai keberkesanan ini).



Sekiranya anda merasa sup herba kacang  ma untuk pertama kali, ia mungkin akan terasa pahit. Biasanya, kacang ma akan dimasak dan dicampur dengan ayam.Semakin lama anda mereneh sup,maka akan semakin sedap rasa ayam tersebut,  tetapi jangan sampai daging ayam terlebih masak. 







Bahan- bahan:
Ka Ca Ma (saiz resepi mengikut keperluan)
Minyak Bijan - untuk menumis (Jika tiada minyak bijan, minyak masak lain juga boleh digunakan)
Bawang Putih 
Halia 
Tuak/Rice Wain/ Cooking Wine (Ikut pilihan sendiri - citarasa)
Ayam (Potong saiz mengikut citarasa)


Penyediaan:
Rendam Kacang Ma/ Ka Ca Ma sehingga lembut/kembang (ini boleh mengambil masa sehingga 1/2 jam)
Selepas itu, cuci bersih dan "tos"kan.


Cara Memasak:
1. Di dalam periuk saiz medium (bergantung kepada saiz resepi anda) panaskan minyak dan tumis bawang putih dan halia sehingga wangi.

2. Masukkan Kacang Ma dan gaul sebati.

3. Masukkan 1 ke 2 sudu besar Tuak/Rice Wain/ Cooking Wine (mengikut selera anda tetapi tidak digalakkan terlalu banyak kerana akan menenggelamkan rasa kacang ma dan ayam )

4. Gaul sebati.

5. Masukkan air untuk sup (jumlah sesuai dengan citarasa anda 
jika mahu sup banyak , maka lebihkan air).

6. Panaskan sehingga mendidih sehingga ayam lembut.

7. Tambahkan garam secukup rasa.


Resepi dari Mrs. Nuli 



Herba Kacang Ma Sebelum Dimasak.










Reference: 














Disclaimer: Artikel ini bukanlah untuk rujukan perubatan, ini adalah ditulis berdasarkan dari pengalaman penulis sendiri.  Anda harus mendapatkan khidmat nasihat doktor jika mengalami masalah kesihatan.




Comments