6 Langkah Konde Dabai/Tempoyak Buah Dabai Untuk Tahan Lama Tanpa Bahan Pengawet.





Bahan2
1. Buah Dabai
2. Garam
3. Gula

1. Cuci buah dabai dgn air masak (gunakan air suam, air tak boleh terlalu panas sebab buah dabai akan mengecut dan keras) dan toskan.

2. Selepas ditoskan, jemur di bawah matahari selama 3 jam. Jika tiada masa untuk menjemur di bawah matahari, cuci mengunakan air suam sebelum ditoskan, kemudian simpan di dalam bekas/tupperware/jar 
yang bertutup rapat dan dibiarkan selama 1hari 1 malam pada suhu bilik, biarkan di tempat kering. 

3. Pisahkan isi Dabai dari biji.

4. Gaul kan gula dan garam. Sukatan gula ditambah mengikut citarasa. Sekiranya nak rasa masin, lebihkan garam, kurangkan gula. Begitulah sebaliknya.

5. Selepas digaul  sebati, panaskan kuali. Gaulkan di dalam kuali tanpa henti (untuk mengelakkan Dabai hangus) tanpa minyak dan air selama 1 hingga 2 jam.

6. Selepas selesai, biarkan sejuk  dan simpan di dlm bekas. Pastikan bekas di isi padat sehingga tiada ruang udara.



* Boleh simpan di suhu bilik atau di dalam chiller.

Nota : Pengunaan gula untuk menjeruk.
* Isikan bekas sehingga padat untuk mengelakan berkuap/berkulat.

* Sekiranya kunde Dabai didapati berkulat, kemungkinan kunde Dabai anda belum cukup masak. Sebab itu ia harus dimasak 1jam -2jam di kuali tanpa minyak dan air. Sekiranya masih mengandungi air menjadikan kunde Dabai cepat berkulat.

Untuk resepi ini, kunde Dabai boleh disimpan hingga 6bulan ke atas tanpa bahan pengawet.


Akhir sekali, share kan resepi ini dengan kawan-kawan anda yang gemar makan buah Dabai! 😋






Comments

Popular Posts