RESEPI IKAN TERUBUK



Kredit Foto  - KS

Selain digoreng, ikan terubuk masin juga sangat sedap jika dimasak secara mengkukus.

Caranya sama seperti bila kita memasak ikan fresh yang di stim.

Kalau di ikutkan ikan terubuk masin sesuai dimasak dengan apa cara sekalipun, tak kira lah dengan mengoreng, bakar atau kukus, asalkan sedap.


Resepi Ikan Terubuk Kukus

Bahan-bahan:
1. Bawang besar
2. Bawang putih
3. Halia
4. Serai
5. Daun Kunyit 
6. Limau kasturi
7. Cili Padi

**Jumlah bahan-bahan adalah sesuai mengikut cita rasa sendiri , kalau nak pedas tambah kan extra cili.


Cara-cara nya:
Hiris halus semua bahan di atas masukkan/gaulkan sekali dengan dengan ikan terubuk tadi.

Kukus semua sekaligus sehingga isi ikan kelihatan putih sedikit.





Kredit Foto -KS


Sekiranya ikan masin tadi terlalu masin, lumurkan sedikit gula  pada ikan tadi, tidak perlu terlalu banyak gula,sekadar cukup untuk mengimbangi rasa masin ikan tersebut.


Cara lainnya dengan menggunakan kentang, kentang tadi dipotong secara melintang,diletakkan di bawah ikan masin dan kemudian taburkan bahan-bahan masakan di atas ikan masin.

Kentang digunakan untuk tujuan  "menarik" atau mengurang rasa masin dalam masakanikan terubuk tadi.


Selamat mencuba!




Photo Kredit | AMIE's LITTLE KITCHEN







Resepi Kredit : Kak Semah (KS)








Comments